Sunday 9 June 2013

Amalkan untuk sihat



Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh
mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat
badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
 
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
 
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan
lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tak gemuk.
 
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
 
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak
dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang
membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains
telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di
kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan
mengalir keruang berkenaan.
 
4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur
dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.
di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis
yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur
dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang
boleh merosakkan usus kita.
 
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis
hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa
bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali
ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,
tanpanya makanan tidak hadam)
 
Wassalam...
 
Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikkan insyaallah tuhan akan mengandakan 10 kali kepadanya.

Saturday 16 March 2013

All About Islam

and his are the ships sailing :: Quotes from QuranView Post

Allah Name :: Islamic ImageView Post

Get Close to Allah First before… Islamic Quotes About AllahView Post

Stars can’t Shine without Darkness :: Islamic QuoteView Post

don’t despair over the events of Past :: Islamic Quote with ImageView Post

ya Allah Remove any love from my heart :: Dua WallpaperView Post

The Best Love is When you Love SomeoneView Post

If the Ocean became Ink for Writing the words of my Lord : Quran Verse QuotesView Post

Do you have time for it ? :: Islamic Quotes with PictureView Post

Beautiful Golden Quran Cover : Quran ImagesView Post

Allah Will Provide !View Post

Islam Quotes

The best of earnings is a good sale.

“The good believer is one who is best in attitude.”

“The good jihaad is the jihaad of the one who strives against his own self (jihaad al-nafs) for the sake of Allah.”

“Read the Qur’aan throughout every month.”

“Read the Qur’aan, for it will come and intercede for its readers on the Day of Resurrection.”

“Pray to Allah to keep you safe and sound.”

“Most of the sins committed by the son of Adam are sins of the tongue.”

“Repeat often ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billaah, it cures 99 illnesses the least of them is stress.”

Faktor yg Merendahkan Martabat Wanita


1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Sunday 3 February 2013

Allah Creation

Firman Allah S.W.T: "Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).(Al-Mulk:3-4)












Indahnya ciptaan Allah SWT.....n_n

Tuesday 15 January 2013

Tangisan Keinsafan Pembersih Dosa


Bangun dan sujud pada tengah malam  adalah amalan Rasulullah serta para
sahabat. 
Saidina Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang 
amat penyedih. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh 
mendengar ayat Allah.
Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari  perhitungan. 
Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang  terus-menerus mengalir 
mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.  
Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan
membersih daripada kekotoran dosa,  manakala berlebihan tertawa dan 
bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan
mengeruhkan kesuciannya.  
Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya.

A) DIA TIDAK TAHU QADA DAN QADAR ATAS DIRINYA.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya:  "... Maka, demi Allah yang tidak 
ada Tuhan  selain-Nya, sesungguhnya  seseorang mengerjakan amal ahli
syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan
sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun 
mengerjakan amal  ahli  neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan 
seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga  tidak  ada jarak di 
antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya 
ketentuan tulisan lalu  dia pun  mengerjakan amalan ahli  syurga  maka
masuklah dia ke dalamnya." (HR al-Bukhari dan Muslim).
Siapakah yang boleh menjamin nama  kita termasuk dalam  senarai ahli
syurga?  Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri 
sendiri?  Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan 
harap kepada  Allah. Caranya dengan banyak  menangis dan memohon 
pertolongan-Nya. 

B) MENANGISLAH KERANA INGAT TERHADAP MALAM PERTAMA DI
ALAM KUBUR.
Siapakah yang menjadi  teman untuk seorang pengantin yang memakai 
helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi 
kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, 
isteri dan saudara  mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang 
menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit,
tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.  
Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana
sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada 
kepedihan seksa ini. Di mana bacaan  al-Quran, zikir dan kelembutan lidah
yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?  

C) MENANGIS KERANA INGATKAN HARI PERHITUNGAN.
Sabda Rasulullah SAW : "Orang yang muflis di kalangan umatku  ialah: 
Seseorang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa
dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan,
menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan 
kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan  orang  tadi
sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, 
maka akan diambil  ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya
dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya." (HR Muslim) 
Ingatlah keaiban diri yang terlalu  banyak untuk dihitung,  jangan sibuk 
menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat 
menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan. 
Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdirilah tanpa diketahui oleh
manusia yang asyik bermimpi, sujud dan bacalah doa yang panjang bersama 
bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.
Amalan ini  menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta 
menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman
ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat 
dan zikrullah.